Posts

MUJAHADAH SUCI SEKEPING HATI

MUJAHADAH SUCI SEKEPING HATI Ilham meluahkan rasa Apa terbuku sering merana Inilah hakikat dunia Sering diukir suka dan duka Tatkala diri diambang belenggu Kasih dan cinta kian terpaku Apa terbungkam dibenakku Hanya pada-Mu luahan hatiku Sungguh payah lagi susah bagiku Untuk menyemai sesuci kalamMu dihatiku Dugaan datang sering mengganggu Tunjukkan jalan Tuhanku Yang Satu Biar langkahku padaMu sering terganggu Namun cintaku padaMu tiada berpenjuru Segala luahan rasa isi hatiku Hanya engkau penentu ketentuan hidupku WSM, 2018

Salam Perkenalan

Image
Assalamualaikum rakan-rakan yang saya kasihi sekalian ;) Teringat lagi masa sem 1 bergelar pelajar UPM. Gambar tersebut masa kuliah pertama saya Bahasa Melayu Tinggi. Itulah gambar pertama saya yang diambil oleh rakan saya semasa berada di semester satu. Tengoklah masa tu bukan main pakai kad matrik. Hehe. Sekarang saya bergelar mahasiswa tahun akhir. Sekarang ini juga sedang berjuang demi segulung ijazah dan yang paling penting menuntut ilmu itu kerana Allah. Tidak pernah saya lupakan segala kenangan bergelar mahasiswa sepanjang tiga tahun setengah ini. Hanya tinggal sisa yang berbaki untuk meneruskan perjuangan. Doakan saya sihat-sihat selalu dan diberi waktu yang berkah sepanjang hidup ini. Amin. InshaaAllah jika ada rezeki lagi, kita akan bertemu kembali ke UPM. Berilmu Berbakti yeahhh! :-)

Cabaran Remaja

CABARAN REMAJA Dalam mewarnai dunia Kecundang sering bertandang Selaut cabaran terentang Segunung tembok penghalang Menyusuri jalan yang tidak pasti haluan Antara realiti atau fantasi Sanggup mengharungi lautan penuh duga Tanpa peduli hati yang termamah Jiwa yang gundah penuh resah Pada hati yang begitu retak Dan gelora yang bergolak Disogok kegagalan tanpa tepian Tewas dalam kealpaan Di suatu ketika Kau bangkit dengan hati yang waja Mengejar cita melukis peristiwa Membawa segenggam perjuangan Menempik bersorak penuh kekuatan Meletus meranapkan jiwa yang longlai Jauh meninggalkan angan fantasi Dengan melayari bahtera impian Menuju ke destinasi harapan Agar kesampaian ke puncak harapan (WSM, 2018)

Assalamua'laikum

Image
Salam perkenalan!