Salam Perkenalan


Assalamualaikum rakan-rakan yang saya kasihi sekalian ;)

Teringat lagi masa sem 1 bergelar pelajar UPM. Gambar tersebut masa kuliah pertama saya Bahasa Melayu Tinggi. Itulah gambar pertama saya yang diambil oleh rakan saya semasa berada di semester satu. Tengoklah masa tu bukan main pakai kad matrik. Hehe. Sekarang saya bergelar mahasiswa tahun akhir. Sekarang ini juga sedang berjuang demi segulung ijazah dan yang paling penting menuntut ilmu itu kerana Allah. Tidak pernah saya lupakan segala kenangan bergelar mahasiswa sepanjang tiga tahun setengah ini. Hanya tinggal sisa yang berbaki untuk meneruskan perjuangan. Doakan saya sihat-sihat selalu dan diberi waktu yang berkah sepanjang hidup ini. Amin. InshaaAllah jika ada rezeki lagi, kita akan bertemu kembali ke UPM. Berilmu Berbakti yeahhh! :-)

Comments

Popular posts from this blog

MUJAHADAH SUCI SEKEPING HATI